Search This Blog

Wednesday, June 13, 2012

siapakah di sebalik "Students For Change (SFC)"?




Sebentar tadi di kala saya berjalan di foyer fakulti terpandang satu pamplet mengenai kemunculan yang kononnya untuk menyedarkan para mahasiswa agar cakna isu semasa, mereka menggelar diri mereka Students For Change (SFC)!!!



akaun blogspot admin SFC hanya di buka pada may tahun ini. jadi adakah ini satu gerakan baharu dari pihak pro-M dalam usaha mereka menyebarkan pengaruh mereka ke dalam UiTM. jika ini adalah benar, pihak berwajib patut menghentikan sebarang usaha mengacau bilaukan universiti ini. 


apakah sebenarnya objektik mereka, di blog mereka menyatakan objektif mereka:

Students For Change (SFC)

Objektif :


a) Menjadikan medium student4changes sebagai landasan
penghujahan yang mampu mencetuskan revolusi kesedaran
agar Mahasiswa menjadi peka dan cakna dengan segala
isu yang membabitkan hak Mahasiswa khususnya dan
masyarakat Malaysia umumnya.

b) Menjadi pencetus kepada budaya berfikir secara kritis
dan progresif, mengkaji dari sudut pandangan
intelektual dan rasional sekaligus
menginterpretasikan olahan kajian yang diperoleh
dengan berpaksikan kebenaran yang sahih.

c) Mengajak Mahasiswa berfikir secara terbuka dan
rasional kepentingan menuntut hak pendidikan percuma
dan mengkaji natijah atau kesan positif daripada 

pemansuhan PTPTN kepada Mahasiswa



POST BERITA DARI malaysiakini???


akaun hanya di buka mulai may tahun ini.


persoalan2 di bawah ini juga perlukan penjelasan dari pihak mereka:


siapakh sebenarnya SFC ini?




siapakah admin SFC?



apakah matlamat sebenar mereka?

apakah dasar perjuangan mereka?



 siapa ahli atau anggota pengerak SFC?






















p/s:terhidu bau rebranding  sebuah pergerakan tu...

Thursday, June 7, 2012

KHALID ISMATH..."WARIS WAWASAN VS SMM"


seperti yang ramai telah mengetahui bahawa esok KI@KHALID ISMATH akan di bicarakan oleh mahkamah UiTM bagi tiga tuduhan iaitu:


Pertuduhan Pertama: Kerana tidak hadir ke kelas (Syarahan, Tutorial dan Ujian) selama 19 kali, (seperti yang dijadualkan) dan dituduh melanggar Kaedah 4, Jadual Kedua, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 Akta 174.

Pertuduhan Kedua: Kerana telah membuat komen yang berbaur pencemaran ke atas imej dan nama universiti iaitu "Saya setuju jika semua polis dibunuh" dan;
Pertuduhan Ketiga: Kerana menunjukkan perbuatan yang tidak sopan dan tidak sepatutnya pada 14 April 2012 bertempat di sekitar kawasan Dataran Merdeka dengan menggunakan kata berbentuk ganas dan ugutan. "Jika tidak, tak lama lagi akan arwahlah Najib Tun Razak"; Komen yang tidak wajar ini telah membawa nama buruk kepada UiTM.




Dikatakan SMM dan penyokong2 si Khalid ni akan berdemo esok dengan mengumpulkan mahasiswa untuk menyokong Khalid Ismath dan memboikot perbicaraan ini..mungkin mode mereka adalah seperti perbicaraan di UPSI sebelum ni...
sebagai seorang mahasiswa UiTM saya sangat merasakan kesan dari ancaman ini... sejak dari petang tadi di pintu-pintu pagar UiTM mula di lakukan road-block dan setiap kenderaan yang masuk akan di periksa..perkara ini mengingatkan saya kepada kejadian semasa cuti study week awal tahun lalu di UiTM Shah Alam ni yang mana berpunca dari Khalid Ismath juga yang merancang untuk membawa sekumpulan pelajar berdemo di dalam UiTM. situasi ini pasti akan lebih bermasalah pada awal pagi nanti sehinggalah ke malam hari..pastinya akan menyukarkan banyak pihak termasuklah para pensyarah dan pelajar.

WARIS WAWASAN yang merupakan sebuah badan gabungan persatuan2 dalaman UiTM shah alam yang sebelum ini telah menghantar memorandum kepada VC uitm, Dato' Sahol yang mendesak pihak pengurusan UiTM mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kesalahan2 yang telah di lakukan oleh si Khalid Ismath ini.

WARIS WAWASAN juga turut merancang untuk mengumpul kan mahasiswa UiTM untuk berkumpul di hadapan BUDISISWA di mana terletaknya mahkamah UiTM yang akan membicarakan Khalid Ismath pada hari ini. 

Menurut sumber, tujuan WARIS WAWASAN bukanlah untuk membuat demo tetapi sekadar menyatakan sokongan kepada pihak pengurusan UiTM atas tindakan wajar yang telah diambil yang mana emnunjukkan suara WARIS WAWASAN   yang juga mewakili majoriti suara mahasiswa UiTM di ambil perhatian oleh Ppihak pengurusan UiTM.
Juga dari sumber yang sama, WARIS WAWASAN  meminta para pelajar yang ingin bersama mereka menyokong pihak pengurusan UiTM untuk berkumpul di PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 1 pada jam 8.30 pagi bagi tujuan di atas. bagi pelajar yang berkelapangan bolehlah menyertai WARIS WAWASAN bagi bersama kita menyokong keadilan yang wajib di laksanakan dan membersihkan onar yang telah terpalit dek kerana insan bernama KHALID ISMATH!!!

Dari pihak saya, dan saya percaya juga harapan majoriti mahasiswa UiTM supaya hari ini pada jam 9 pagi tidakkan berlaku sebarang kekecohan yang akan lebih memburukkan nama UiTM. Diharap juga WARIS WAWASAN bersabar terhdap sebarang provokasi dan bertindak dengan professional dan menerampilkan model graduan UiTM yang sebenar. 

Kepada pihak POLIS BANTUAN UiTM, kami berharap pada anda semua untuk menghalang kemasukan anasir2 luar ke dalam kampus kita..

Juga mendapat maklumat bahawa akan ada PRESS pada esok hari di BUDISISWA, di harap pihak media dapat melaporkan berita yang telus tanpa kompromi atau berat ke mana-man pihak..

Akhir kata saya berharap hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini. Keadilan dapat di tegakkan.. Onar terpalit dapat di bersihkan..
WALLAHUALAM...


P/S;takut memikirkan apa yang mungkin berlaku esok... YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI PARA FISABILILLAH YANG SEDANG MENUNTUT ILMU DEMI MENEGAKKAN SYIAR MU DI BUMI MILIK MU INI.. YA ALLAH...BANTULAH KAMI MEMELIHARA KEAMANAN DAN KEHARMONIAN YANG ENGKAU KURNIAI KEPADA KAMI TIKA INI...AMIN...