penulis hanya berkongsi pendapat dan artikel. Penulis tidakkan bertanggungjawab keatas kebenaran (sila selidik jika ragu tntg faktanya dan sila maklumkan penulis) atau komen yang di tulis oleh pembaca.
Search This Blog
Tuesday, January 31, 2012
Angry Bird Haram ?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ…Sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa permainan game Angry Bird adalah mengutuk Islam kerana bercampur antara benda halal dan haram. Sebab manusia ini jarang untuk menilai sesuatu benda dari segi positif.Cuba kita ambil yang positif dalam permainan Angry Bird
1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
Yang putih pula?sanggup mengorbankan anaknya!
Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat.menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…”
(At-Taubah 9:110)
2) Amal Jamaie
Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu
3) Tanzim (organisasi) yang tersusun
Tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbezasetiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan
“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”
4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu maka setiap orang yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya yang reti potong kayu pergi serang kayu yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam
eh silap untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat
5) Taat
Dan sebagai qiyadah perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas
6) Ukhuwah
Lastly, kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara
Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka
kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat”
(An-Nasr 110:1-3)
Kredit http://www.sufai.com/
FAKTA YANG SERING DI LUPAKAN...
saya rasa elok dibaca tak kira anda PRO PAS/PKR mahupun BN/UMNO
by Najib Hassan on Friday, January 27, 2012 at 2:30am
Mungkin ramai tidak tahu siapakah yang mencadangkan nama Barisan Nasional dan orang yang melakarkan simbol dacing. Orang bertanggungjawab ialah Tan Sri Dr Mohd Asri Muda dan pelukis logo ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, keduanya sudah arwah.
Asri pernah memimpin Pas (1965-1983) selepas Ahmad Fuad dan Dr Burhanuddin Helmy serta mantan Menteri Besar Kelantan (1964-1972). Pada zaman kemuncaknya, beliau seorang pemidato yang hebat dan memukau. Beliau satu-satunya Presiden Pas yang menyertai Umno. Ini berlaku pada 1988 selepas meninggalkan Pas yang dipimpinnya selama 18 tahun dan parti Hizbul Muslimin (Hamim) yang dipeloporinya pada 1983 selepas keluar dari Pas. Bibit awal krisis dalaman Pas sehingga Asri dilihat sebagai liabiliti berlaku pada awal 1980an apabila pemimpin muda parti itu tidak setuju dengan sikap sederhananya.
Mereka berpendapat sebagai pemimpin parti, Asri harus lebih tegas menyaingi Umno, khususnya selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan agenda menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat dan pentadbiran negara. Di Kelantan dan Terengganu, peristiwa kafir mengkafir mengakibatkan perpecahan keluarga dan masyarakat Islam. Mulanya ia berkisar antara penyokong gerakan muda dalam Pas dengan mereka yang pro-Asri, kemudian merebak lebih serius. Berlakunya sembahyang dua imam, pulau kenduri, perceraian suami isteri serta kubur dan masjid berasingan dalam mukim sama disebabkan perbezaan fahaman politik.
Golongan pemimpin muda dalam Pas ketika itu sangat terpengaruh dengan Revolusi Iran. Ramai pergi ‘berkursus’ di sana tanpa diketuai Presiden sendiri. Sikap sederhana Asri menjadikan beliau mula disisih golongan muda yang lebih ekstrem dari segi pemikiran dan tindakan. Suara pro-revolusi merebak cepat dalam Pas dan kemuncaknya penyingkiran Asri dan penyokong beliau yang digelar Kumpulan 13.
Mereka termasuk bekas Menteri Besar Datuk Ishak Lutfi Omar, bekas Timbalan Pesuruhjaya Negeri Datuk Nik Man Nik Mat, bekas Timbalan Menteri Besar Wan Ismail Ibrahim, bekas Bendahari Agung Hassan Muhammad, bekas Naib Ketua Pemuda Azhari Awang dan bekas Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan Salahuddin Abdullah. Walaupun ada usaha beberapa tokoh Pas dari Kedah, termasuk Sudin Wahab, Othman Alyunusi dan Mohd Ramli Abdullah, untuk damaikan keadaan namun gagal.
Di muktamar Pas pada 1982, perwakilan yang muram dan benci kepada Kumpulan 13 telah menolak ucapan dasar Presiden – sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Pas. Gambar tokoh-tokoh revolusi Iran ditampal di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka di mana muktamar diadakan. Mereka melaung pekikan Marakbar Asri (‘Mampuslah Asri’) berselang-seli dengan kalimah Allahu Akbar. Begitulah hinanya cara perwakilan Pas melayan Presiden mereka. Sebaik muktamar, Asri letak jawatan. Beliau dijemput jadi Karyawan Tamu UKM pada 1992 dan sempat menghasilkan Meniti Arus: Memoir Politik Asri (Bangi, 1993).
Namun hasratnya menulis buku Politik Bangsa Melayu Di Zaman Empat Perdana Menteri mengenai pertikaian dan kerjasama antara Pas dan Umno tidak kesampaian. Beliau meninggal dunia pada 28 Ogos 1992 pada usia 70 tahun. Dalam memoirnya, Asri cerita bagaimana kerjasama Pas dan Umno bermula, hasil kesedaran kedua pihak mengenai tragedi 13 Mei sehingga wujudnya kerajaan campuran. “Pertemuan empat mata berlaku dalam suasana tenang, mesra dan masing-masing curah pandangan serta isi hati dengan ikhlas dan saya rasa baik Tun Razak dan saya sendiri, bercakap secara terus-terang tentang hal negara dan masa depannya sehingga menyentuh kepada soal bagaimana kita menghadapi sekitar masalah politik negara, terutamanya tentang zaman depan bangsa Melayu, dan tentu juga persoalan Islam yang menjadi suatu isu terpenting ketika itu.
Sesungguhnya bertolak daripada inilah, suasana perhubungan antara Pas Kelantan dan Kerajaan Pusat mulai berubah daripada keadaan tegang kepada keadaan yang lembut.” (hal 89-90) Kerajaan campuran yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 kini menjadi sejarah. Namun atas dasar perpaduan Melayu-Islam, banyak pihak berpendapat usaha perlu dilakukan untuk mencantum semula umat negara ini. Namun kepimpinan Pas hari ini, khususnya Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat berkeras tidak bersetuju. Malah, di bawah kepimpinan beliau dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas dicantumkan dengan parti cauvinis Cina dan bukan Islam.
Bukan ini sahaja, rakyat boleh lihat pelbagai keanehan Pas dan betapa tersasarnya perjuangan Pas hari ini berbanding semasa ia ditubuhkan. Sidang penubuhan Pas ke-60 minggu lalu menonjolkan sifat parti itu yang semakin ekstrem, bercelaru dan gila kuasa. Pemimpin dan ahli Pas hari ini juga tidak bercakap lagi mengenai Asri, jauh sekali untuk mengenang jasa dan sumbangan.kredit kepada Samar Dalam Kesamaran,
Friday, January 27, 2012
Badut Rakyat: RONNIE LIEW BUAT HAL LAGI NAK MENJAHANAMKAN SELANG...
Badut Rakyat: RONNIE LIEW BUAT HAL LAGI NAK MENJAHANAMKAN SELANG...: Ronnie Liu dan DAP sememangnya KURANG AJAR dan tidak pernah peduli dengan sentimen orang Islam atau yang bukan Cina. DAP memang telah terbu...
Info 4 The Truth: MALU !!! NURUL IZZAH AL-JUBURI DIKANTOIKAN LAGI !!...
Info 4 The Truth: MALU !!! NURUL IZZAH AL-JUBURI DIKANTOIKAN LAGI !!...: Nurul Izzah Hina Syed Mokhtar Dan Julang Robert Kuok Di Jalan Kebun Malam tadi di bertempat di Dewan MBSA, Jalan Kebun, Nurul Izzah menju...
Subscribe to:
Posts (Atom)