Search This Blog

Showing posts with label AUKU. Show all posts
Showing posts with label AUKU. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

siapakah di sebalik "Students For Change (SFC)"?




Sebentar tadi di kala saya berjalan di foyer fakulti terpandang satu pamplet mengenai kemunculan yang kononnya untuk menyedarkan para mahasiswa agar cakna isu semasa, mereka menggelar diri mereka Students For Change (SFC)!!!



akaun blogspot admin SFC hanya di buka pada may tahun ini. jadi adakah ini satu gerakan baharu dari pihak pro-M dalam usaha mereka menyebarkan pengaruh mereka ke dalam UiTM. jika ini adalah benar, pihak berwajib patut menghentikan sebarang usaha mengacau bilaukan universiti ini. 


apakah sebenarnya objektik mereka, di blog mereka menyatakan objektif mereka:

Students For Change (SFC)

Objektif :


a) Menjadikan medium student4changes sebagai landasan
penghujahan yang mampu mencetuskan revolusi kesedaran
agar Mahasiswa menjadi peka dan cakna dengan segala
isu yang membabitkan hak Mahasiswa khususnya dan
masyarakat Malaysia umumnya.

b) Menjadi pencetus kepada budaya berfikir secara kritis
dan progresif, mengkaji dari sudut pandangan
intelektual dan rasional sekaligus
menginterpretasikan olahan kajian yang diperoleh
dengan berpaksikan kebenaran yang sahih.

c) Mengajak Mahasiswa berfikir secara terbuka dan
rasional kepentingan menuntut hak pendidikan percuma
dan mengkaji natijah atau kesan positif daripada 

pemansuhan PTPTN kepada Mahasiswa



POST BERITA DARI malaysiakini???


akaun hanya di buka mulai may tahun ini.


persoalan2 di bawah ini juga perlukan penjelasan dari pihak mereka:


siapakh sebenarnya SFC ini?




siapakah admin SFC?



apakah matlamat sebenar mereka?

apakah dasar perjuangan mereka?



 siapa ahli atau anggota pengerak SFC?






















p/s:terhidu bau rebranding  sebuah pergerakan tu...

Friday, November 25, 2011

APA DAH JADI DENGAN WARGA MALAYSIA HARI NI?

Akhir2 ini macam2 isu dapat kita lihat, dengar dan baca samada melalui media arus perdana atau pun media alternatif. Isu sperti ISA,AUKU dan isu2 penglibatan pelajar universiti dan pesyarah yang mana membuat onar lantas memberi imej yang buruk kepada Malaysia.
Jika dilihat siapakah mereka di sebalik isu2 ini masih kumpulan yang sama. Kumpulan2 inilah yang memutar belitkan fakta tentang sesuatu isu dan membuat spekulasi2 yang menghangatkan rakyat di negara ini. Namun yang menyedihkan adalah sepertimana kes INTERLOK suatu waktu dahulu, rakyat Malaysia masih lagi hanya mengambil tahu hanya sekadar apa yang di perkatakan atau apa yang di beritahu kepada mereka sahaja, dan lantas mereka menjadi pakar kepada isu2 tersebut dan bercerita di sana sini. Tambah menyedihkan lagi, golongan intelek juga turut termasuk dalam golongan ini. Sepatut dan semestinya sebagai warga negara sebuah negara yang merdeka dengan berbekalkan akses maklumat tanpa sempadan dan hanya sekadar di hujung jari MEMBUAT KAJIAN, pabila kita mendapat satu berita atau informasi itu adalah suatu PEMERHATIAN AWAL@INFERENS.

Langkah seterusnya ialah kita membuat HIPOTESIS2 dan lantas melalui hipotesis ini kita MENGUMPULKAN DATA2 DARI PELBAGAI SUMBER DARI SEMUA ASPEK DAN PIHAK.

Melalui data yang dikumpul, Kajian di buat mengenai kesahihan data itu. seterusnya BAHARULAH KITA MEMBUAT KESIMPULAN yang merupakan HASILAN DARI KAJIAN DAN BUKAN PERKARA YANG DIKATA BERDASAR EMOSI SEMATA-MATA.

Negara telah menyediakan FASILITI KELAS PERTAMA, namun amatlah merugikan jika kita MASIH DI TAKU K LAMA DAN BERFIKIR BERDASARKAN EMOSI
.

GOLONGAN INTELEK SEPATUTNYA MENJADI PEMANGKIN KEPADA PERUBAHAN CARA PEMIKIRAN YANG LEBIH BAIK DAN MENUJU KE ARAH PEMIKIRAN MINDA KELAS PERTAMA, DAN BUKAN MENJADI AGEN PEROSAK FIKIRAN MASYARAKAT
.

Cernakanlah sesuatu maklumat dan fikirkanlah secara rasional dan dapatkan maklumat dan pastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum membuat sesuatu PENYATAAN ATAU TUDUHAN KEPADA SESIAPA..