Search This Blog

Friday, July 6, 2012

SAFWAN ANANG AJAK BERDEMO LAGI!!! :kali ni kat Kamunting lak..


http://www.malaysiakini.com/news/202898

Nampaknya tak serik2 rakan siswa kita sorang ni.. asyik nak berdemo je macam dah tiada cara lain nak menuntut keadilan.. 


Dari mana pun penulis tak pasti di mana rakan kita (SA) ni belajar nak berdemo segala ni.. ada jugak dengar2 siapa menjadi tok gurunya.. tp tak nak lah nanti di katakn sebagai menfitnah dia dan dikatakan ini semua agenda politik UMNO dan BN.


Nasihat penulis fahami sesuatu perkara itu dengan secara total. Bukan sekadar di permukaan atau cakap2 orang. Mereka yang di tahan mengikut fahaman penulis adalah bersebab, dan seperti anda sendiri, tidak semua perkara yang anda buat keluarga anda maklum... ada yang di rahsia. 
Juga sememangnya mereka tidak di bicara kerana ISA itu adalah akta pencegahan (bukan macam dalam cerita MINORITY REPORT). 


Di dalam Qawaid Fiqhiah sendiri ada maxim tentang pencegahan. Di bawah maxim "AL DIRAR YUZAL"
(Bahaya mesti dihapuskan atau Kerosakan dikeluarkan meletakkan satu pengakhiran (Harm must be eliminated or removed Damage is put an end to)).


Merujuk kepada branch maxim kepada maxim utama seperti diatas, iaitu "kemudharatan yang besar harus dielakkan walaupun pada perbelanjaan kemudaratan yang kurang" dan juga branch maxim di bawah maxim yang sama "bagi menghalang kerosakan awam, kerosakan individu menjadi pilihan utama"


Keduanya membawa maksud iaitu untuk mengelakkan kemudharatan yang lebih besar/teruk, ianya di benarkan untuk melakukan kemudharatan kecil. contohnya di dalam kes ISA, kerajaan menggunakan ISA sebagai satu langkah pencegahan kepada risiko berlaku kemudaratan yang lebih besar berbanding kemudharatan yang di hadapi oleh tahanan ISA(dikurung).


Walau pun ISA telah di mansuhkan, tetapi untuk memansuhkan sesuatu akta itu bukan umpama kita flush tandas...hilang begitu sahaja tanpa mengambil kesah kerja2 yang di lakukan oleh IndahWater. 


Jika kerajaan bersikap begitu makanya mereka bukan pengurus yang baik kerana melakukan sesuatu tanpa mengambil kira kesan dan natijah sesuatu tindakan yang mereka ambil.


Oleh itu terdapat prosedur dan pertimbangan dalam nak flush away akta ISA ini sepenuhnya. Kerana itu sering penulis berpesan, GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA. Anda sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam kemerdekaan berfikirlah secara matang dan bukan berfikir melalui emosi. Mahasiswa di luar sana...rakan2 saya sekalian...berfikirlah sebelum melakukan sesuatu..timbangilah baik dan buruk sesuatu tindakan.. jangan nanti di kesalkan nasi nak di masak telah menjadi bubur... jangan pula bila kepala dah berdarah terhantuk, bukan nak terngadah tapi pergi menyalahkan orang lain...


WALLAHUALAM...




rujukan qawaid fiqhiah:introduction to syariah and islamic jurisprudence (3rd edition), Dr. Mohamad Akram Laldin. CERT Publications.


p/s:ambo budak baru belajar, kalau salah demo tunjukkan..

1 comment:

  1. Salam.. Asal kepada gesaan memansuhkan ISA adalah disebabkan kerajaan pimpinan mantan PM Tun Mahathir yang menyalahguna akta ini untuk menahan ahli parti2 politik terutama pembangkang.. Perlu diingat, x dinafikan jenayah seperti ancaman keselamatan, pengeboman atau terrorisme mmg x dinafikan ada, tp ble dimanipulasikan oleh pemerintah pd masa itu untuk mengekang segala pembongkaran skandal dan rasuah dan takut maklumat smpi pd golongan sasaran terutama rakyat yg belum ada saluran media alternatif, menyababkan ISA dijadikan salah satu perisai yang digunakan kerajaan untuk selamatkan karier politik pemerintah semata2..
    Pada saya, akta ini tinggalan penjajah british yang mana bertujuan mengekang segala bentuk tentangan2 kepada British pd masa itu terutama parti2 berhaluan kiri yang secara jelas menentang penjajah british dgn senjata2 terutamanya pejuang pembebasan Melayu..
    Ada baiknya tahanan2 ini dibicarakan di mahkamah terbuka sekiranya kerajaan betul2 komited dan menolak segala tuduhan2 yang menyatakan ISA adalah tempat untuk tahanan politik semata dan tidak lagi memberi seribu jenis alasan serta cacian kepada golongan yang membela tahanan2 ini terutama anggota keluarga tahanan tersebut.. Jika didapati betul2 bersalah dan mengancam kesrlamatan negara, mahkamah berkuasa menentukan jenis hukuman yang setimpal kepada mereka, jika dibebaskan, kerajaan perlu bertanggungjawab atas penahanan selama mana dia ditahan terutama ahli kekuarga tahanan..

    ReplyDelete